PRIVACY

Sorotan Dasar Privasi Samsung

Samsung Electronics (dirujuk sebagai “Samsung Electronics”, “Samsung”, atau “kami” dalam dasar ini) memahami betapa pentingnya privasi kepada pelanggan kami. Kami mahu memastikan anda memahami cara kami mengumpulkan dan menggunakan maklumat peribadi anda pada semua peranti dan perkhidmatan Samsung kami, daripada telefon bimbit dan tablet kepada TV, perkakas rumah, perkhidmatan dalam talian dan banyak lagi.

Walaupun Dasar Privasi ini digunakan untuk semua perkhidmatan kami, kami juga akan menyediakan maklumat tambahan tentang privasi yang berkaitan dengan perkhidmatan tertentu jika perlu.

 

GAMBARAN KESELURUHAN MAKLUMAT PERIBADI

Kami mengumpul maklumat peribadi yang anda sediakan secara langsung, maklumat tentang cara anda menggunakan perkhidmatan kami dan maklumat daripada sumber pihak ketiga. Kami menggunakan maklumat ini untuk menyediakan perkhidmatan kepada anda, memahami cara anda menggunakan perkhidmatan kami supaya kami dapat memperbaiki dan memperibadikan pengalaman anda dan membangunkan aplikasi, teknologi dan kandungan yang paling sesuai untuk pelanggan kami. Kami juga menggunakan maklumat peribadi untuk menyediakan iklan tersuai yang diperibadikan mengikut minat anda, selaras dengan undang-undang terpakai.

 

BERKONGSI MAKLUMAT PERIBADI ANDA

Kami mungkin berkongsi maklumat peribadi anda dengan syarikat bersekutu Samsung Electronics, serta dengan syarikat yang menyediakan perkhidmatan bagi pihak Samsung Electronics. Kami juga mungkin berkongsi maklumat peribadi anda dengan syarikat rakan kongsi yang dipercayai, seperti pembekal perkhidmatan mudah alih atau syarikat insurans, yang menyediakan produk dan perkhidmatan yang anda minta, serta maklumat tentang produk dan perkhidmatan yang mungkin anda minati. Kami juga mungkin berkongsi maklumat peribadi dengan agensi penguatkuasaan undang-undang apabila dikehendaki oleh undang-undang atau untuk melindungi Samsung Electronics dan penggunanya.

Dasar Privasi

English | Bahasa Malaysia

  • Skop

    Tarikh Berkuat Kuasa: 28 Disember 2022

    Dasar Privasi ini digunakan untuk semua peranti dan perkhidmatan Samsung kami, daripada telefon bimbit dan tablet kepada TV dan peralatan rumah, daripada perkhidmatan pelanggan kami kepada perkhidmatan dalam talian yang disediakan oleh kami. Kami akan merujuk kepada peranti dan perkhidmatan ini sebagai “Perkhidmatan” dalam dasar ini.

    Penting untuk anda menyemak kembali dengan kerap bagi kemas kini Dasar Privasi. Kami mungkin mengemas kini Dasar Privasi dari semasa ke semasa untuk mencerminkan perubahan pada amalan maklumat peribadi kami berkenaan Perkhidmatan tersebut atau perubahan pada undang-undang yang terpakai. Kami akan menyiarkan notis pada tapak web kami atau pada peranti anda untuk memaklumkan kepada anda lebih awal tentang perubahan penting pada Dasar Privasi kami dan menunjukkan di bahagian atas Dasar Privasi tersebut kali terakhir dasar itu dikemas kini. Versi terkini Dasar Privasi adalah sentiasa tersedia di sini: https://www.samsung.com/my/info/privacy. Selain Dasar Privasi ini, Samsung juga menyediakan notis privasi khusus yang berkaitan dengan produk dan perkhidmatan tertentu. Sekiranya terdapat sebarang perbezaan antara terma Dasar Privasi ini dan notis privasi tertentu, terma notis privasi khusus akan digunakan.

  • Samsung Electronics mengumpul maklumat peribadi anda dengan pelbagai cara.
    Maklumat yang Anda Berikan Secara Terus
    Beberapa Perkhidmatan membolehkan anda memberi kami maklumat secara terus. Sebagai contoh:

    • Apabila anda mencipta akaun atau profil dengan kami, kami meminta maklumat seperti nama, tarikh lahir, atau maklumat hubungan seperti nombor telefon, dan alamat e-mel anda.
    • Jika anda memesan produk atau perkhidmatan berbayar daripada kami, kami akan meminta nama, alamat, maklumat perhubungan dan maklumat penghantaran dan bayaran untuk memproses pesanan anda. Anda juga boleh memilih untuk menyimpan maklumat pembayaran anda bersama kami supaya anda boleh dafter keluar dengan lebih mudah pada masa akan datang.
    • Untuk menyediakan jawapan-jawapan apabila anda menghubungi Perkhidmatan Pelanggan, kami meminta maklumat tertentu untuk mengesahkan identiti anda serta produk dalam pertanyaan anda.
    • Apabila anda berkomunikasi dengan kakitangan Perkhidmatan Pelanggan kami atau yang lain, komunikasi anda akan dihantar melalui sistem kami.
    • Jika anda berkongsi kenalan anda, kami akan mengumpulkan nombor telefon mereka dan maklumat perhubungan lain untuk memudahkan perkongsian fail dan pemesejan. Anda boleh mematikan atau mengehadkan ciri ini dalam Aturan tersebut pada peranti anda.

    Maklumat Tentang Penggunaan Anda bagi Perkhidmatan
    Selain maklumat yang anda berikan, kami mengumpulkan maklumat tentang penggunaan Perkhidmatan kami oleh anda melalui perisian pada peranti anda serta dengan kaedah lain. Maklumat ini termasuk:

    • Maklumat peranti: Perkakasan peranti anda (seperti model dan pengilang) dan maklumat perisian (seperti sistem pengendalian dan versi perisian), nombor IMEI dan pengecam peranti unik lain (seperti kod negara mudah alih, kod rangkaian mobile, Alamat MAC, alamat IP, nombor siri, ID unik peranti, ID pengiklanan (cth. untuk peranti mudah alih, ID Google AD dan untuk peranti paparan visual Samsung, termasuk TV Pintar Samsung, ID Perkhidmatan Peribadi (“PSID”) dan Pengecam Tizen untuk Pengiklanan (“TIFA”)), nombor telefon, kod jualan, rakaman akses, kuki, piksel dan teknologi serupa (seperti yang diterangkan di bawah dalam “Kuki, suar dan teknologi serupa”), maklumat langganan, dan aturan peranti yang anda gunakan untuk mengakses Perkhidmatan
    • Maklumat log: Maklumat diagnostik, teknikal, ralat dan penggunaan seperti masa dan tempoh penggunaan Perkhidmatan oleh anda, Perkhidmatan yang dipasang pada peranti anda, istilah pertanyaan carian apabila anda memasukkan istilah carian ke dalam peranti anda berkaitan dengan Perkhidmatan Samsung tertentu, sebarang maklumat yang disimpan dalam kuki yang kami telah tetapkan pada peranti anda, dan laporan ralat dan log pembuangan.
    • Maklumat lokasi: Maklumat tentang Wi-Fi AP berdekatan, menara sel, dan, dengan persetujuan anda yang berasingan, isyarat GPS peranti anda, mungkin dihantar kepada kami apabila anda menggunakan Perkhidmatan tertentu. Selain itu, untuk Perkhidmatan tertentu, poskod dan lokasi kesimpulan yang menggunakan alamat IP mungkin dihantar kepada kami apabila anda menggunakan Perkhidmatan tersebut.
    • Maklumat Suara: Rakaman suara anda yang dilakukan oleh kami dan dikumpulkan pada pelayan kami apabila anda mengaktifkan fungsi ini dan menggunakan perintah suara untuk mengawal Perkhidmatan dirangkumi dalam dasar privasi Bixby yang berasingan. Kami juga mengumpul dan menyimpan rakaman suara anda apabila anda menghubungi pasukan Perkhidmatan Pelanggan kami. Harap maklum bahawa jika kami bekerjasama dengan pembekal perkhidmatan pihak ketiga yang menyediakan perkhidmatan penukaran pertuturan kepada teks atau perkhidmatan pusat panggilan bagi pihak kami, pembekal ini juga mungkin menerima dan menyimpan perintah suara tertentu mengikut kontrak yang dimeterai antara kami dengan pembekal perkhidmatan pihak ketiga yang dipercayai.
    • Maklumat Papan Kekunci Samsung: Perkataan yang anda taip apabila anda mengaktifkan “Teks ramalan”. Ciri ini mungkin ditawarkan berhubung dengan Samsung account anda untuk menyegerakkan data bagi penggunaan pada peranti mudah alih Samsung anda yang lain. Anda boleh memadam data tersebut dengan pergi ke aturan “Teks ramalan”.

    Maklumat yang Dikongsi atau Tersedia secara Komersil atau kepada Umum
    Kadangkala kami mengumpulkan maklumat yang tersedia secara umum atau komersil, termasuk maklumat daripada rangkaian sosial yang anda gunakan dan menggabungkan ini dengan maklumat lain tentang anda supaya kami dapat memahami keperluan, minat dan keutamaan anda dengan lebih baik lagi.

    Maklumat Lain yang Kami Kumpulkan
    Kami juga akan mengumpulkan maklumat lain tentang diri anda, peranti anda atau penggunaan anda bagi Perkhidmatan yang anda bersetuju untuk hantar kepada kami. Kami mendapatkan persetujuan anda mengikut undang-undang yang terpakai.

    Analisis Pihak Ketiga
    Melalui Perkhidmatan tertentu, kami mengumpulkan maklumat peribadi tentang aktiviti dalam talian anda pada peranti yang disambungkan dari masa ke masa dan merentasi laman web pihak ketiga, peranti, aplikasi, serta ciri dan perkhidmatan dalam talian yang lain. Kami menggunakan perkhidmatan analisis pihak ketiga ke atas Perkhidmatan, seperti Google Analytics dan Adobe Analytics. Pembekal perkhidmatan yang menguruskan perkhidmatan analisis ini membantu kami untuk menganalisis penggunaan Perkhidmatan oleh anda dan untuk meningkatkan Perkhidmatan. Maklumat yang kami peroleh boleh didedahkan atau dikumpulkan secara terus oleh penyedia ini dan pihak ketiga relevan lain yang menggunakan maklumat tersebut, misalnya untuk menilai penggunaan Perkhidmatan, membantu mentadbir Perkhidmatan dan mengenal pasti masalah teknikal. Untuk ketahui lebih lanjut tentang Google Analytics, sila lawati http://www.google.com/analytics/learn/privacy.html dan https://www.google.com/policies/privacy/partners/.

    Pilihan Anda
    Anda boleh memilih untuk tidak memberikan jenis maklumat tertentu kepada kami, seperti maklumat yang diminta sebagai sebahagian daripada pembelian produk atau perkhidmatan. Dalam sesetengah keadaan, ini mungkin mengehadkan keupayaan anda untuk menggunakan beberapa Perkhidmatan. Kami akan berusaha untuk menjelaskan pengehadan ini apabila kami meminta maklumat anda supaya anda boleh membuat keputusan termaklum.

  • Kami menggunakan maklumat yang kami kumpulkan bagi tujuan yang berikut:

    • Untuk membantu anda atau peranti anda mendaftar bagi Perkhidmatan kami.
    • Untuk menyediakan Perkhidmatan atau ciri yang anda minta.
    • Untuk memberikan kandungan tersuai dan perkhidmatan yang diperibadikan berdasarkan aktiviti lampau anda pada Perkhidmatan.
    • Untuk menyediakan pengiklanan, promosi dan tawaran yang diperibadikan dan/atau umum yang mungkin menarik minat anda terhadap Perkhidmatan, tapak web, tapak web pihak ketiga dan platform dalam talian kami seperti tapak media sosial (mengikut undang-undang yang berkenaan). Kami hanya akan hantar iklan, promosi dan tawaran yang diperibadikan kepada anda apabila anda telah memberikan persetujuan anda untuk menerima komunikasi pemasaran daripada Samsung.
    • Untuk menyediakan promosi dan tawaran dengan cara komunikasi pemasaran langsung (seperti melalui e-mel, pemberitahuan segera, atau mesej teks), hanya bila anda telah memberikan persetujuan berasingan anda kepada kami.
    • Untuk mengendalikan, menilai dan menambah baik perniagaan kami, termasuk membangunkan dan menambah baik produk serta perkhidmatan baharu dan sedia ada, mengurus dan menambah baik komunikasi kami, menganalisis Perkhidmatan dan pangkalan pelanggan kami (termasuk menjalankan penyelidikan pasaran, meminta pendapat anda tentang produk dan perkhidmatan kami, dan menjalankan tinjauan pelanggan, dengan persetujuan berasingan anda jika perlu) dan mengagregat serta menjadikan data awanama.
    • Untuk menyediakan kemas kini perisian, perkhidmatan penyelenggaraan, dan sokongan untuk peranti anda.
    • Untuk menyediakan sokongan pelanggan kepada anda apabila peranti anda masih dalam tempoh waranti.
    • Untuk memastikan keselamatan produk dan untuk mengelakkan penipuan apabila waranti produk anda telah tamat, kami akan mengumpul IMEI dan nombor siri anda.
    • Untuk mengesahkan peranti anda untuk pembaikan.
    • Untuk melindungi hak dan kepentingan undang-undang, harta benda, atau keselamatan Samsung Electronics atau mana-mana sekutu, rakan niaga atau pelanggan kami.
    • Untuk membalas permintaan dan pertanyaan anda, termasuk tentang maklumat peribadi anda.
    • Untuk melindungi daripada, mengenal pasti, dan mencegah penipuan serta aktiviti jenayah lain, tuntutan serta liabiliti lain.
    • Untuk mematuhi dan menguatkuasakan keperluan undang-undang yang berkenaan, standard industri yang berkaitan, dan dasar kami; termasuk Notis Privasi Samsung.
    • Untuk menganalisis peranti yang rosak yang dikembalikan kepada Samsung. Samsung mengambil langkah untuk memastikan data peribadi dalam semua peranti yang rosak dipadamkan sebelum peranti tersebut dianalisis.

    Kami menggunakan dan menggabungkan maklumat yang kami kumpulkan tentang anda daripada peranti Perkhidmatan kami atau sumber lain untuk menyediakan pengalaman yang lebih baik kepada anda. Sebagai contoh, anda boleh menyimpan maklumat pembayaran yang anda gunakan untuk membuat pembelian di tapak web kami supaya anda boleh daftar keluar dengan lebih cepat apabila anda membuat pembelian pada masa yang berikut. Kami juga menggunakan maklumat yang anda berikan secara terus atau melalui sumber lain seperti yang diterangkan di atas untuk menyediakan kandungan yang mungkin anda suka atau anda telah memperibadikan.

    Anda mempunyai pilihan tentang maklumat anda. Semak bahagian APAKAH HAK ANDA? untuk mengetahui lebih lanjut.

    Iklan yang Tidak Disasarkan

    Harap maklum bahawa pilihan privasi anda berkaitan dengan iklan berasaskan minat atau diperibadikan (“iklan disasarkan”) tidak akan mempengaruhi sama ada anda menerima atau dipaparkan jenis iklan generik, asas atau kontekstual (“iklan tidak disasarkan”) yang tidak secara khusus berdasarkan maklumat yang kami terangkan kepada anda untuk menyediakan iklan disasarkan untuk Perkhidmatan tertentu.

    Untuk peranti mudah alih, maklumat yang kami gunakan untuk memaparkan iklan tidak disasarkan kepada anda termasuk maklumat aplikasi yang berkenaan (cth pakej aplikasi, versi, nama dan domain), maklumat peranti (cth jenis peranti, pengilang, sistem pengendalian, versi, maklumat paparan, pembekal telekomunikasi, negara dan bahasa), dan pengecam peranti (cth IP dan ID pengiklanan). Kami berkongsi data ini dengan rakan kongsi perniagaan yang dipercayai dan penyedia perkhidmatan yang dipercayai untuk menyediakan iklan yang tidak disasarkan kepada anda, tertakluk kepada perlindungan kontrak yang wajar disediakan.

    Iklan ini mungkin kurang berkaitan kerana tidak berdasarkan minat anda.

    [Untuk Penduduk Kawasan Ekonomi Eropah (EEA) Sahaja]

    Samsung Electronics ialah pengawal data maklumat peribadi anda seperti yang diterangkan di atas. Untuk beberapa komunikasi pemasaran langsung dan beberapa pengiklanan tersuai di Eropah, Samsung Electronics (UK) Limited, yang terletak di United Kingdom, juga merupakan pengawal data maklumat peribadi anda. Beberapa subsidiari Samsung Eropah kami juga memproses maklumat peribadi anda di negara lain. Apabila berkenaan, subsidiari Samsung Eropah mempunyai Dasar Privasi tempatannya sendiri pada tapak webnya untuk menjelaskan perkara ini.

  • Kami mendedahkan maklumat anda secara dalaman dalam perniagaan kami, serta kepada entiti berikut, untuk tujuan yang dinyatakan di atas.


    • Sekutu: Syarikat Kumpulan Samsung Electronics lain yang dikawal atau dimiliki oleh kami.
    • Rakan Niaga: Rakan kongsi yang bekerja sesama dengan kami. Sebagai contoh, kami mungkin bekerja dengan sebuah bank supaya anda boleh menggunakan salah satu daripada Perkhidmatan kami untuk menjadikan bayaran lebih pantas dan cekap. Rakan niaga ini mengawal dan mengurus maklumat peribadi anda.
    • Pembekal Perkhidmatan: Syarikat yang dipilih dengan teliti yang menyediakan perkhidmatan untuk atau bagi pihak kami, seperti syarikat yang membantu kami dengan pembaikan, pusat hubungan pelanggan, aktiviti penjagaan pelanggan, iklan (termasuk pengiklanan yang diperibadikan di tapak web kami, tapak web pihak ketiga, platform dalam talian dan platform media sosial), menjalankan tinjauan kepuasan pelanggan, pengebilan atau yang menghantar e-mel bagi pihak kami. Pembekal-pembekal ini juga komited untuk melindungi maklumat anda.
    • Pihak Lain Apabila Diperlukan oleh Undang-undang atau apabila Perlu untuk Melindungi Perkhidmatan Kami: Sebagai contoh, mungkin diperlukan oleh undang-undang, proses undang-undang atau perintah mahkamah daripada pihak berkuasa kerajaan untuk mendedahkan maklumat anda. Mereka juga mungkin akan mendapatkan maklumat anda daripada kami bagi tujuan penguatkuasaan undang-undang, keselamatan negara, antikeganasan atau isu lain yang berkaitan dengan keselamatan awam.
    • Pihak lain yang berkaitan dengan transaksi korporat: Kami mungkin mendedahkan maklumat anda kepada pihak ketiga sebagai sebahagian daripada penggabungan atau pemindahan, pemerolehan atau penjualan atau sekiranya berlaku peristiwa kebankrapan.
    • Pihak Lain dengan persetujuan anda atau mengikut budi bicara anda: Selain pendedahan yang diterangkan dalam Dasar Privasi ini, kami akan berkongsi maklumat mengenai anda dengan pihak ketiga apabila anda menyetujui secara berasingan atau meminta perkongsian sedemikian.
  • Kami memandang serius tentang perlindungan data. Kami telah mengambil langkah fizikal dan teknikal untuk menyimpan maklumat yang kami kumpulkan dengan selamat. Kami juga mengambil langkah-langkah yang sewajarnya, sebagai mematuhi undang-undang yang berkenaan, bagi memastikan data peribadi anda yang dikumpulkan oleh pihak ketiga terus dilindungi. Walau bagaimanapun, harap maklum bahawa walaupun kami mengambil langkah yang munasabah untuk melindungi maklumat anda, tiada laman web, penghantaran Internet, sistem komputer atau sambungan wayarles yang selamat sepenuhnya.

  • Penggunaan anda bagi Perkhidmatan kami akan melibatkan pemindahan, penyimpanan dan pemprosesan maklumat peribadi anda di dalam dan di luar negara tempat anda tinggal, yang sejajar dengan dasar ini. Secara khusus, maklumat peribadi anda akan dipindahkan ke Republik Korea.

    Selain itu, penggunaan Perkhidmatan oleh anda juga mungkin melibatkan pemindahan, storan, dan pemprosesan maklumat peribadi anda ke negara lain jika perlu; negara tersebut termasuk, tanpa had, Amerika Syarikat, United Kingdom, Switzerland, China, Singapura, Vietnam, India, Kanada, Mexico, Filipina dan Negara Jepun. Harap maklum bahawa undang-undang perlindungan data dan undang-undang lain di negara yang maklumat anda mungkin dipindahkan mungkin tidak selengkap undang-undang di negara anda. Kami akan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya, sebagai mematuhi undang-undang yang berkenaan, bagi memastikan data peribadi anda terus dilindungi.


    [Untuk Penduduk Kawasan Ekonomi Eropah (EEA) Sahaja]

    Maklumat peribadi anda merupakan milik anda. Anda boleh meminta kami untuk menyediakan butiran tentang maklumat yang telah kami kumpulkan dan anda boleh meminta kami untuk membuat pembetulan kepada sebarang maklumat yang tidak tepat. Sekiranya dibenarkan oleh undang-undang, kami mungkin mengenakan yuran yang kecil untuk memberi anda kemampuan ini. Kami mungkin menolak untuk memproses permintaan yang berulang-ulang dan tidak munasabah, memerlukan usaha teknikal yang tidak seimbang, menjejaskan privasi orang lain, sangat tidak praktikal, atau akses yang tidak diperlukan oleh undang-undang tempatan.

    Untuk membuat permintaan berkenaan hak anda atau membuat pertanyaan, sila hubungi kami. Lihat bahagian HUBUNGI KAMI.

  • Maklumat peribadi anda merupakan milik anda. Mengikut undang-undang yang terpakai, anda berhak untuk meminta kami memberikan butiran tentang perkara yang kami telah kumpulkan, untuk memadamkannya, atau menggunakan mana-mana hak lain yang anda mungkin miliki. Walau bagaimanapun, tindakan meminta pemadaman maklumat peribadi anda juga mungkin akan menyebabkan kehilangan akses kepada Perkhidmatan yang kami sediakan. Kami tidak akan memadamkan data yang kami perlu simpan seperti yang dikehendaki oleh undang-undang.


    Untuk membuat permintaan berkenaan hak anda atau membuat pertanyaan, sila hubungi kami. Lihat bahagian HUBUNGI KAMI.


  • Kami tidak akan menyimpan maklumat peribadi anda lebih lama daripada yang diperlukan mengikut tujuan pengumpulannya, kecuali dikehendaki oleh undang-undang terpakai. Ini bermakna bahawa maklumat itu akan dimusnahkan atau dipadamkan daripada sistem kami apabila maklumat itu tidak diperlukan lagi.

  • Sesetengah kandungan, pengiklanan dan fungsi dalam Perkhidmatan kami disediakan oleh pihak ketiga. Pihak ketiga ini mungkin menggunakan kuki, suar, piksel penjejakan dan alat lain untuk mengumpul maklumat tentang penggunaan Perkhidmatan ini oleh anda. Pihak ketiga ini tidak dikawal secara langsung oleh Samsung, jadi kami menyarankan kepada anda untuk menyemak dasar privasi mereka bagi memahami cara mereka menggunakan data anda.

    Untuk sesetengah aplikasi dan perkhidmatan, termasuk rangkaian sosial, kami menerima dan menyimpan maklumat daftar masuk serta maklumat lain yang anda benarkan kami terima apabila anda menyambung dengan aplikasi dan perkhidmatan ini.

  • Kami, bersama pihak ketiga tertentu seperti penyedia kandungan dan pengiklan, juga boleh menggunakan teknologi yang dipanggil kuki, suar atau piksel, serta alat lain (secara kolektif dikenali sebagai “teknologi”) yang menyampaikan maklumat daripada peranti anda kepada pelayan. Teknologi ini boleh dimasukkan dalam kandungan dalam talian, video dan iklan. Ia membenarkan pelayan untuk membaca jenis maklumat tertentu daripada peranti anda, mengetahui masa anda telah melihat kandungan tertentu atau iklan tertentu, dan menentukan masa dan tarikh anda melihat kandungan tersebut serta maklumat tentang peranti anda, termasuk alamat IP peranti anda. Kami, dan pihak ketiga, menggunakan teknologi ini untuk tujuan seperti mengesahkan bahawa kandungan dan iklan telah dihantar dan dilihat dengan betul.


    Kuki

    Kuki ialah fail kecil yang menyimpan maklumat pada komputer, TV, telefon mudah alih atau peranti anda yang lain. Ia membolehkan entiti yang meletakkan kuki pada peranti anda untuk mengenali anda di pelbagai laman web, perkhidmatan, peranti dan sesi penyemakan imbas. Kuki memenuhi banyak matlamat yang berguna. Sebagai contoh:


    • Kuki boleh mengingati kelayakan log masuk anda supaya anda tidak perlu memasukkannya setiap kali anda log masuk ke sesuatu perkhidmatan.
    • Kuki membantu kami dan pihak ketiga memahami bahagian Perkhidmatan kami yang paling popular kerana ia membantu kami melihat halaman dan ciri yang diakses oleh pengunjung dan jumlah masa yang dihabiskan pada halaman tersebut. Pengkajian ke atas maklumat ini membantu kami menyesuaikan Perkhidmatan kami dan menyediakan pengalaman yang lebih baik kepada anda.
    • Kuki membantu kami dan pihak ketiga memahami iklan yang telah anda lihat supaya anda tidak akan menerima iklan yang sama setiap kali anda mengakses sesuatu Perkhidmatan.
    • Kuki membantu kami dan pihak ketiga menyediakan kandungan dan iklan yang berkenaan dengan anda dengan mengumpulkan maklumat tentang penggunaan anda bagi Perkhidmatan kami dan laman web serta aplikasi lain.

    Kami mungkin membenarkan pihak ketiga yang dipilih dengan teliti untuk menempatkan kuki atau teknologi serupa pada Perkhidmatan kami. Sebagai contoh, dan tanpa had, kami menggunakan tag pemasaran semula Google untuk membenarkan rakan kongsi runcit kami mengiklankan produk yang anda telah semak imbas di tapak web kami. Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang cara tag pemasaran semula Google berfungsi di sini: https://www.thinkwithgoogle.com/intl/en-gb/. Selain itu, pihak ketiga seperti Facebook mungkin menempatkan kuki untuk menjejaki anda di seluruh tapak web yang berkenaan dan merentasi tapak web lain.


    Kami juga boleh bekerjasama dengan rakan kongsi perniagaan yang dipilih dengan teliti untuk menyampaikan pengiklanan secara bersama. Ini mungkin melibatkan menggabungkan data kuki yang dikumpulkan dari tapak web kami dengan data yang dikumpulkan oleh rakan kongsi perniagaan kami. Kami juga mungkin menggunakan maklumat yang dikumpulkan untuk memahami keutamaan pelanggan kami dan untuk mempengaruhi kempen pengiklanan masa hadapan termasuk cara kami memilih kepada siapa kami menyasarkan pemasaran kami.


    Kami, dan rakan kongsi perniagaan kami yang dipilih dengan teliti, mungkin menempatkan kuki apabila kami memaparkan iklan untuk produk atau perkhidmatan kami di tapak web pihak ketiga dan apabila anda mengklik pada iklan tersebut, supaya kami mengetahui tapak dan iklan yang telah dilihat oleh pelanggan kami dan iklan yang mereka telah berinteraksi. Anda mungkin boleh melaraskan pilihan anda berhubung dengan kuki ini pada tapak pihak ketiga tersebut.


    Kuki pihak ketiga: Laman web kami juga boleh memaparkan kandungan daripada laman web atau perkhidmatan pihak ketiga, yang mungkin menyebabkan kuki daripada pihak ketiga disimpan di peranti anda. Anda boleh mengurus pilihan anda untuk pihak ketiga ini dengan cara yang sama seperti kuki Samsung. Sila lihat di bawah untuk mendapatkan butiran lanjut tentang cara mengurus pilihan anda. Kami tidak mengawal storan dan penggunaan kuki ini oleh pihak ketiga, dan anda harus merujuk dasar privasi pihak ketiga yang berkenaan untuk mendapatkan maklumat lanjut.


    Suar dan Piksel

    Kami, bersama pihak ketiga tertentu, akan menggunakan teknologi yang dipanggil suar atau piksel yang menyampaikan maklumat daripada peranti anda ke pelayan. Suar boleh dibenamkan dalam kandungan dalam talian, iklan, video dan e-mel dan boleh membenarkan pelayan untuk membaca jenis maklumat tertentu daripada peranti anda, mengetahui masa anda telah melihat kandungan tertentu atau mesej e-mel tertentu, dan menentukan masa dan tarikh anda melihat kandungan yang berkaitan serta alamat IP peranti anda. Kami dan pihak ketiga tertentu menggunakan suar bagi pelbagai tujuan, termasuk menganalisis penggunaan Perkhidmatan kami dan, bersama maklumat lain, untuk menyediakan kandungan dan iklan yang lebih berkenaan dengan anda.

    < br>

    Storan Tempatan Lain

    Kami, bersama pihak ketiga tertentu, akan menggunakan jenis teknologi storan tempatan lain, seperti Local Shared Objects (juga dirujuk sebagai “Kuki Flash”) dan storan tempatan HTML5, berhubung dengan Perkhidmatan Perniagaan kami. Teknologi ini serupa dengan kuki yang dibincangkan di atas. Ia disimpan pada peranti anda dan boleh digunakan untuk menyimpan maklumat tertentu tentang aktiviti dan keutamaan anda. Walau bagaimanapun, teknologi ini menggunakan bahagian peranti anda yang berlainan daripada kuki standard, supaya anda mungkin tidak dapat mengawal teknologi tersebut menggunakan alat dan aturan pelayar standard. Untuk mendapatkan maklumat tentang menyahaktifkan atau memadam maklumat yang terkandung dalam Local Shared Objects, sila lawati http://helpx.adobe.com/flash-player/kb/disable-local-shared-objects-flash.html.


    Kuki disimpan tidak melebihi tempoh yang diperlukan untuk menyediakan fungsi yang disediakan olehnya. Ini akan berbeza bergantung pada Perkhidmatan tertentu. Sebagai contoh, kuki untuk mengesahkan log masuk mungkin disimpan untuk jangka masa yang lebih lama daripada kuki yang digunakan untuk membolehkan anda menempatkan item dalam bakul beli-belah sebagai tetamu di tapak web kami.


    Cara untuk mengurus pilihan anda

    Anda boleh mengurus pilihan anda pada bila-bila masa di tempat kami menggunakan teknologi ini pada Perkhidmatan kami. Walau bagaimanapun, sesetengah teknologi adalah penting atau perlu untuk menjalankan Perkhidmatan dan tidak boleh diubah. Lawati aturan atau menu keutamaan kuki pada Perkhidmatan yang berkaitan atau pada peranti anda untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara mengurus pilihan ini.

  • Anda boleh menghubungi kami untuk mengemas kini pilihan anda, melaksanakan hak anda, menyerahkan permintaan atau bertanya soalan kepada kami.

     

    Cara paling mudah untuk berbuat demikian ialah melalui bahagian Sokongan (Support) di https://www.samsung.com/my/support/contact/.

     

    Anda boleh menghubungi kami di:

    Pegawai Perlindungan Data
    Samsung Malaysia Electronics (SME) Sdn Bhd
    Level 15, Mercu 2, No. 3, Jalan Bangsar,
    KL Eco City,
    59200 Kuala Lumpur
    Email: privacy.my@samsung.com atau hubungi jabatan perkhidmatan pelanggan kami di http://www.samsung.com/my/info/contactus/.